Make your own free website on Tripod.com
     

Renungan
Sabda Rasulullah saw:
"Hendaklah kamu dengar dan taat walaupun jika kamu diperintah oleh hamba berbangsa Habsyi,rambutnya berkerinting seperti buah anggur kering, selama mana dia berpegang kepada Kitab Allah 'Azza wa Jalla."

UMNO Jerlun: Perebutan Calon Sengit!
-----
Banyak cakap-cakap tentang calon di Parlimen Jerlun dan DUN Ayer Hitam telah kedengaran sejak kekalahan UMNO pada pilihanraya ke-10 lalu.

Terpaku dengan kekalahan yang cukup memeritkan bagi UMNO yang tidak pernah menerima kekalahan...timbul pula lobi-melobi untuk menjadi calon. Kekusutan dalam penentuan Ketua Bahagian masih belum meredakan kekecewaan beberapa individu tertentu dan penyokong-penyokong mereka.

Desas-desus antara calon-calon yang akan bertanding ialah Ketua Bahagian Datuk Abdul Rahman Arifin,Datuk Hashim Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kedah (Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah) dan Datuk Maznah Hamid (Iron Lady).

Malahan Datuk Maznah juga telah mendaftar sebagai pemilih di DUN Ayer Hitam sepertimana yang dikesan dalam daftar pemilih baru-baru ini.Kekerapan beliau turun padang juga menguatkan ura-ura beliau akan bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun.

Datuk Abdul Rahman pula dilihat telah mempergunakan status Ketua Bahagian untuk menguatkan kedudukannya. Walaubagaimanapun kehadiran Datuk Hashim dilihat menampilkan personaliti sederhana dan antara calon-calon yang mendapat restu dari UMNO pusat atas kapasiti jawatannya yang berkait rapat dengan Kementerian Penerangan.

Selain itu, Datuk Abdul Rahman juga dikatakan tidak tersenarai pada mulanya sebagai Ketua Penaja Bahagian tetapi atas pengaruh tertentu MB KEdah terpaksa akur dengan keputusannya.

Senario ini sebenarnya sudah sebati dengan darah daging UMNO yang tidak pernah mahu menilai sendiri kebolehan dan gerak laku disebabkan tuntutan kebendaan yang cukup besar dari jawatan yang dipegang.

 
PILIHANRAYA KE-11 : TUMBANGKAN BN!!!