Make your own free website on Tripod.com
     

Renungan
Sabda Rasulullah saw:
"Hendaklah kamu dengar dan taat walaupun jika kamu diperintah oleh hamba berbangsa Habsyi,rambutnya berkerinting seperti buah anggur kering, selama mana dia berpegang kepada Kitab Allah 'Azza wa Jalla."

Kecoh di Kuala Kedah, Siapa Dalang?
- Oleh Yusoff Ariffin - Dipetik drp HarakahDaily

KUALA KEDAH, 15 Mac (Hrkh)- Tindakan seorang pegawai polis DSP Mukhtar untuk menafikan hak rombongan BA untuk masuk ke pusat penamaan calon di bangunan MADA Ampangan Jajar pada 13 Mac lalu disifatkan sebagai ‘dalang’ untuk memberi kemenangan mudah kepada calon BN di sini.
DSP Mukhtar yang bertindak di luar batas undang-undang adalah punca kepada berlakunya cermin pecah, bukannya menuding jari kepada pembangkang yang tersepit dengan tempoh masa untuk menyerah borang pencalonan.

Sehubungan itu calon KeADILan DUN Kubang Rotan Saifudin Nasution Ismail yang telah membuat laporan polis terhadap DSP Mukhtar berkata, “BA tidak pernah, tidak akan dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang bentuk keganasan untuk mencari kemenangan tetapi akan menggunakan saluran demokrasi untuk membentuk kerajaan."

Calon Parlimen Kuala Kedah Haji Mohamad Sabu pula berkata, “cubaan polis untuk memberi kemenangan 4-0 kepada BN gagal dan kami bersyukur kerana pakatan jahat yang memperalatkan polis gagal”.

Tambahnya tindakan tidak bermoral DSP Mukhtar itu akan dilapor kepada Suhakam dan dan Suruhanjaya Diraja Polis yang sedang menyiasat pasukan polis yang diketuai oleh Tun Ahmad Dzaidin.

Kronologi Pakatan Jahat Memperalatkan DSP Mukhtar Untuk Memberi Kemenangan Mudah Kepada BN di parlimen Kuala Kedah, DUN Anak BUkit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundur.

Kronolgi Peristiwa:
8.30 pagi: Perarakan PAS dan KeADILan sampai di garisan polis dari arah utara bangunan MADA.

8.35 pagi: Pegawai polis yang bernama Gani telah memaklumkan bahawa hanya 12 orang sahaja dibenarkan masuk iaitu calon parlimen, ketiga-tiga calon DUN serta pencadang dan penyokong mereka sahaja. Pihak PAS bersetuju dan meminta tambahan supaya seorang pemeriksa kertas penamaan yang dilantik juga dibenarkan masuk. Dengan tegas Gani berkata, hanya 12 orang’.

Pada masa yang sama perarakan BN juga telah sampai dari sebelah selatan Ibu Pejabat MADA ke garisan polis.

50 orang rombongan calon BN dibenarkan masuk ke bangunan MADA.

Calon PAS DUN Pengkalan Kundor Ir. Haji Phahrolrazi Mohd. Zawawi membantah kepada Gani dan beliau menghubungi pegawai atasan dan akhirnya 16 orang daripada rombongan PAS dan KeADILan dibenarkan masuk ke kawasan bangunan MADA.

8.47 pagi: Bila sampai di pintu pagar bangunan MADA rombongan PAS dan KeADILan dihalang sekali lagi sehingga Dr. Azman Ismail iaitu wakil calon Saifudin dan Kasim Md. Isa pemeriksa kertas Ir. Phahrolrazi tidak dibenarkan masuk.

8.55 pagi: Rombongan PAS dan KeADILan sampai di pintu utama bangunan MADA dan ketika itu terdapat dua anggota polis sedang mengawal pintu utama untuk masuk ke tempat penamaan calon di tingkat 1 bangunan MADA.

8.56 pagi: Kedua-dua anggota polis menghalang semua calon, pencadang dan penyokong PAS dan KeADILan dari memasuki pintu tersebut.

Saifudin Nasution memberitahu bahawa mereka ingin masuk dan minta pintu dibuka, tetapi polis memberitahu supaya mereka tunggu sehingga rombongan BN keluar atas alas an tidak mahu bertembung.

Calon PAS Anak Bukit Amiruddin Hamzah Tanya bila dijangka selesai, mereka menjawab, “sehingga selesai le….mungkin 9.50 pagi…heh …he"

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila DSP Mukhtar telah mengarahkan sekali lagi supaya 2 anggota polis terus tidak membenarkan calon PAS dan KeADILan masuk dan beliau berjalan masuk melalui pintu automatic tersebut dan tidak mahu berbincang serta terus mengunci pintu automatic tersebut.

Ketika itu tidak ada seorang pun pegawai SPR ada di situ. Nasir Mustafa telah menghubungi Pergawai Piliharaya Negeri Haji Mohamad Yusof melalui talipon bimbit memaklumkan kejadian tersebut.

Haji Mohamad telah meminta untuk bercakap dengan pegawai polis terbabit yang bernama Chief Abang Deraman dan beliau meminta DSP Mukhtar membuka pintu tetapi beliau enggan.

Oleh kerana gagal untuk mendapat kerjasama daripada DSP Mukhtar, salah seorang ahli rombongan PAS dan KeADILan berusaha untuk berjumpa dengan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang berada di tingkat satu bagi memaklumkan tindakan polis yang menghalang calon menyerahkan borang pencalonan mereka kerana masa sudah hampir jam 9.20 pagi.

Malangnya beliau telah ditahan oleh polis dan dibawa keluar dari bangunan secara kasar dan brutal.

9.23 pagi: Polis mempertingkat kawalan di semua pintu masuk ke dalam bangunan MADA dan rombongan calon PAS dan KeADILan makin cemas kerana masa untuk menyerahkan boring pencalonan makin suntuk.

Peguam PAS yang menyertai rombongan itu telah mengeluarkan Akta dan Peraturan Pilihanraya yang dengan jelas menunjukkan bahawa calon, pencadang dan penyokong dari mana-mana parti politik mesti berada dalam bilik penamaan antara jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Pada msa itu cermin pintu utama pecah dan rayuan ahli rombongan PAS dan KeADILan telah didengari oleh pihak SPR dan mereka meluru turun dan mengarahkan pegawai polis membuka pintu tersebut dengan segera, namun DSP Mukhtar masih lagi berkeras untuk menghalang mereka masuk.

Keadaan menjadi lebih kecoh dan polis telah menahan Gopal kerana tidak mahu memberi kad pengenalan kepada polis.

9.33 pagi: Pintu dibuka dan DSP Mukhtar telah menghilangkan diri.

9.35 pagi: Borang Penamaan Calon PAS dan KeADILan berjaya diserahkan kepada Pegawai Pengurus SPR.

Calon PAS dan KeADILan telah memaklumkan kejadian itu kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya Datuk Haji Ismail Hamid dan beliau menafikan perbuatan jahat polis itu bukan daripada arahan beliau.

12.30 tengahari: Calon PAS Haji Mohamad Sabu dan calon KeADILan Saifudin Nasution telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

3.00 petang: Ketua Penerangan PAS Kedah Ir. Haji Phahrolrazi Mohd. Zawawi dan Ketua Pemuda PAS Kedah Haji Adnan Saad telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kedah Dato’ Mohamad Supian Amat. Beliau memberitahu insiden itu akan disiasat. - zs

Petikan daripada HarakahDaily

 
PILIHANRAYA KE-11 : TUMBANGKAN BN!!!